BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 18, 2009

JAGA SUNNAH NABI S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam...

Saturday, July 11, 2009

latihan praktikal dalam kenangan

Salam biCara di alam maya buat semua...Create your own banner at mybannermaker.com!

lama sungguh x menulis...Sekarang dah masuk sem.7..baru je habis prktikal,,rehat sehari kat rumah,dah kena balik nilai..penat+malas++dan mcm2 lagi perasaan bercampur..tapi ku gagahi juga utk meneruskan perjuangan yg belum selesai..

Latihan industri di PPD BERA meniggalkan 1001 kenangan+pengalaman...msti ada hikmah di sebalik pemilihan tempat tu utk diriku..sebenarnya jiwa utk menjadi sebahagian dari pendidik telah menggerakkn hati utk memilih PPD sebagai tempat LI ku..walaupun di pejabat agama pun aku dapat, tapi setelah membuat penilaian dan meminta pandanagn dari letcureku,akhirya aku memillih PPD BERA sebagai tempatku utk menimba pengalaman....Secara keseluruhannya,d ppd bera semua ok..apatah lagi dapat penyelia yang sporting..siap jadi anak abah lagi kat sana..semua staf dan pegawai dan penyelia ok2 semua..kdg rasa mcm satu keluarga jer..
Mcm2 tgs dpt tp yg agak berat ckit kena wat sistem guna php dn mysql..arrrr..pening kpla kalo mengadap hari2 wat sistem...tak sempat nak siapkn...xpe pengalaman tu mcmna nk handle satu2 tgs yg org btul2 hrpkn kt kta 100 peratus...fuh,mencabar betul..nak tau apa crta seterusnya??tunggu sambungan nya ye...