BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 29, 2011

Centre for Instructional Technology and Multimedia

SALAM....


sebenarnya baru membuat survey tentng laman web ni...rasa macam best je...ada tak peluang untuk aku masuk dan belajar kat tempat ni,supaya dapat belajar lagi detail tentang apa yang belajar masa degree dalam alquran dn multimedia...tapi rasa macam nak masuk ke unisza je..amik master samaada dalam pengajian arab d tmdun islam / alquran/ pendidikan islam/???/...emm,yg mana terbaik ye?kena buat istikharah ni..semoga di beri petunjuk olehNYA.Amin

Friday, March 12, 2010

Tuntutlah ilmu hingga ke negara cina

Sem last di Usim...inilah situasi sekarang yg harus aku hadapi dn lalui.berbagai2 ujian n dugaan yg ditempuhi bergelar mahasiswa sem akhir ni.makin nk abis makin byk ujiannya...ujiannya jg termasuklah menguji diriku samada utk memilih peluang menyambung belajar samada dgn mngmbil dpli @ kpli?@ master???mana 1 pilihan yg tepat d sesuai dgn diri...Ya Allah berilah kpdku pilihan yg tepat dlm membuat keputusan..jiwa nk mengajar tu memang ada,so patut ke aku amik dpli @kpli?? atau aku amik master ke mcmna?

aku memang perlu membuat perancangan utk masa depanku dn keluarga..kalu tgok ada shbt amik master, tp msti kna ada duit sd kan,master smbil krja...tp kalu aku sesuai amik master apa ya?tak kan nk amik kpli??Ya Allah berilah ilham kpdku utk membuat keputusan yg terbaik.AMIN

Monday, January 18, 2010

AURA HIJRAH DN KUASA PERUBHN AL-FATEH

semangt hijrah 1431h....
Alhamdulillah kini aku berada di bulan safar tahun 1431 h..semoga azam baru yang di niatkan dapat dilaksanakn seperti yang dirancang...tahun ini juga merupakan tahun akhir dn sem akhir aku meneruskan perjuangn menuntut ilmu di bumi USIM...adakah ilmu di dada sudah mencukupi untuk di bawa kpd masyarakat di luar sana yg amat memerlukan bimbingn dan perubahan dr kita yg memegang title 'mahasiswa'??sama2 kita renungkan...

Tahun baru,azam baru,dasar baru - dasar penjimatan telah dilaksanakn di USIM yg mana amat terasa sekali buat diriku...kenapa kami di USIM yg menerima kesan dasar pnjimatan kerajaanlebih dr universiti lain...ini tdk adil!!! tapi apa yg kami mampu buat sebgai org bawahan...trpksa akur dgn kptsn yg di buat...inilah dsr sistm yg Malysia amlkn dr segi pntdbirn.

Sem akhir di USIM byk bnda kna keychup...mklmla sem akhir...tesis lg,asgmnt...ya Allah bgilh diriku kekuatn

Thursday, September 17, 2009

salam eid mubarak

Bulan ramadhan yg penuh rahmat d keberkatan bakal meninggalkan kita semua...syawal yang mulia bakal menanti dan disambut dgn penuh kesyukuran...bagi para salafus soleh,mereka akan berasa sedih dngan pemergian bulan ramdhan dan berharap semoga dpt bertemu lagi dgn ramadhan akn dtg...begitu la seharusnya yang perlu kita rasai...suasana balik kampung sudah kelihatan di kampus2 ada yang sudah bercuti dan ada lagi yg meneruskan saki baki pembelajaran..

InsyaALLAH jumaat,28Ramadhan 1430 H bersamaan 18 september 2009 aku akan pulang ke kampung bertemu dgn ayah dan ibu utk menyambut bulan syawal yg bkl menjelma..utk catatn kali penulis sebenarnya ingin mengajak semua untuk kita sama2 merenungi dan bermuhasabah di penghujung ramadhan ini...apakah matlamt kita berada di madrasah tarbiyah ramadhan sudah tercapai...daripada firman Allah S.W.T yg mana mafhumnya apabila kita sudah berjaya mejalani ibadah di bulan ramadhan,semoga kita menjadi hambaNYA yg bertaqwa



(Ya ayyuhallazina aamanu kutiba a'laikumussiam kama kutiba a'lallazi na min qablikum laa'llakum tattaqun)

Dan apabila ramadhan yg kita lalui diisi dgn ibadat2 khusus dn sunat hendaklah kita istiqamah dlm melakukannya di bulan2 lain seperti solat2 sunat,memperbanyakkan membaca alquran dan mentadaburinya serta lain2 amalan supaya amalan yg kita lakukan benar2 menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa dan tidak menjadi hamba bagi bulan ramadhan....



Wa akhiran...selamat menyambut hari raya minal aidil wal faizin,taqabballah minna waminkum

Wednesday, September 2, 2009

TARBIYAH DI BULAN RAMADHAN

Syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi krn masih memberi peluang utk ku menjadi tetamu ramadhan pada kali ini.Harapanku semoga ramadhan kali ini dapat menjadi madrasah utk mentarbiyah diri lebih baik baik dari ramadha sebelumnya...Ya ALLAH hambaMU mengharapkan kasih sayangMU
serta rahmat pd 10 ramadhan yg pertama,kini sudah masuk ramadhan di pertengahannya yg mana ku mengharapkan keampunan dariMU Ya ALLAH.. Diriku sering kali leka apabila diberi ujian nikmat kesenangan dan mengharap bantuan di kala kebuntuan dan kesukaran..sesungguhnya hambaMU yg bersyukur itu adalah yg sentiasa banyak mengingatiMU dikala susah dan kun senang.Seringkali doaku panjatkan padaMU

Allahumma a'inni a'la zikrika wa syukrika wa husni a'la i'badatik

Sesungguhnya tarbiyah dariMU adalah tarbiyah yg terbaik....

Ya Allah tanggugjawab dan amanah yg terpikul di bahu ini terlalu berat utk ditanggung...diri ini seringkali tertanya adakah tanggungjawad dan amanah yg tertanggung sudah di tunaikan.
T
anggungjawab sebagai khalifahMU,Daie,pelajar dan sebagai seorang hamba mestilah seiring dalam kehidupan kita...

Aku ingin menjadi KhalifahMU yg melaksanakan amanah,Daie yg melakukan krja amar makruf nahi mungkar dan hamba yb patuh pada tuanNYA

Munajatku di sepertiga malam di malam ramadhan ini...

Thursday, August 6, 2009

syaban di lalui ramadhan dinanti

salam perjuangan n mujahadah.....nisfu syaban sudah berlalu kini menanti ramadhan yg penuh barakah...sepanjang melalui pmbelajaran di alam kampus ketika dalam tahun akhir, semakin berat dirasakan sbjk2 yg dipelajari...tesis dah kena start pikir2kn...projek utk mltmdia...ndwah lagi,,...oo ya Allah hanya padaMu tempatku mengadu...selalu ana dengar lagu mawadah "Luruskan Hatiku" sebagai motivasi dan kekuatan dlm diiriku...maafkn daku Ya Allah sekiranya hambaMu ini banyak leka tapi jgn kau biarkn diriku ditentukan oleh nasibku..Kau bimbinglah aku..rasakan diriku sentiasa bersamaMU...Sampaikan daku utk mengejar kebajikan n rahmah di bulan Ramadan..AMIN

Saturday, July 18, 2009

JAGA SUNNAH NABI S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam...